[AMARAN] 4 Produk Kecantikan Terkenal Mengandungi Racun! Skip to main content

[AMARAN] 4 Produk Kecantikan Terkenal Mengandungi Racun!

sumber foto hmetro

Orang ramai diminta tidak membeli dan menggunakan empat produk kecantikan kerana didapati mengandungi racun berjadual.
Barangan itu adalah Nuriz Shoppe-UV Pearl Cream, Nuriz D’solve, Aura Gorgeous Night Cream dan NV Anti Blemish Toner 1.
Produk-produk ini dikesan mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Katanya, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan dan penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Manakala produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, selain boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.
“Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.
“Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya dalam kenyataan di sini.
Dr. Noor Hisham juga memberi amaran kepada penjual dan pengedar produk-produk kosmetik supaya menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik dengan serta-merta.
Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
Pengguna yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. – MalaysiaGazette


Comments

Popular posts from this blog

alwaysandforever~

dear diary.... i cant wait to finish the exam and back to kl... this 10th May he's going back to his country so i will send him to the airport,i was so touching by him because he willing to delay his flight ticket which suposely on 7th May (my last paper exam) just to meet me before he back to his home country bt actuly he already finish his exam today.. i know im gonna miss him a lot eventhough he just my history but he treat (dah btulkn spelling eror) me so good and give me so many unforgetable memories... p/s : thanxforbeingsuchagudfrenhubby.... i miss mr.A so much :(

shooting 4 drama + diner PGN

dear diary.... hi diary!!...long time didnt update the latest posting rite...hurm so ni aku nak cite la pasal even terbaru yg berlaku dlm idup ku selain hati pecah ...huhuhu las few days i was inviting to b an extra actress in the drama by my sis boy..woww! i was so excited cz it is opportunity 4 me to gain a new experience eventho dis not my thing actuly...the location were stated at lim kok wing U cyberjaya n it was my first time there and the place its absolutely great!! lots of hot n sexy guys n girl tho~fuhhh... i meet liyana jasmay, kamal(xkenal tp damn hot),zarina AF, hairi othman n few girl yg xtau name...actuly im 1 of liyana jasmay fan but since that day i do FUCK her..whuahuahua siyesly gedix lor pompuan ni sombong giler klu dgn crew2 lain mmg la die terggedix2 tp ngn other extra actor pandang pon x bkn nk kate senyum aisshhhh xbaek taw! i think maybe she underestimated people like 'us' o die bajet pemes(tp mmg pemes pon)hehe,1 of d extra actor degree holder ko...
Lazada Malaysia