Bahaya Muat Naik Gambar Boarding Pass! Tapi Ramai Yang Masih Berdegil... Skip to main content

Bahaya Muat Naik Gambar Boarding Pass! Tapi Ramai Yang Masih Berdegil...

Gambar pra-melancong semakin popular dimuat naik di laman sosial.
Mungkin anda atau orang-orang yang anda kenali pernah memuat naik gambar boarding pass mereka di laman sosial sebelum menaiki pesawat. Pernah lihat?

Tetapi menurut Adam Rodriguez, seorang blogger kembara, tindakan ini sebenarnya boleh membahayakan diri sendiri. Apa sebabnya?
Kami akan terangkan penjelasan dari Adam dalam bentuk yang ringkas untuk kita sama-sama fahami.
Ada Apa Pada Boarding Pass?
Informasi tentang nombor pesawat, lokasi dan nama penumpang.
Bila dah ada maklumat-maklumat ini, seseorang boleh menyamar menjadi anda dan daripada situ, ada beberapa kemungkinan atau senario yang kita sendiri tak mungkin terfikir.
Antaranya, panggilan palsu boleh dibuat ke syarikat penerbangan kononnya anda ingin menukar atau membatalkan penerbangan anda. Dan, bila tiba hari dan waktu penerbangan anda, anda tak dapat nak terbang.
Selain itu, tuduhan palsu boleh dibuat. Ini agak serius sebabnya mereka boleh buat tuduhan yang kononnya anda seorang pengganas, membawa senjata dan minta kamu dihalang menaiki pesawat. Tak pasal-pasal anda akan disiasat dan dituduh sebagai pengganas pulak.
Yang paling serius, maklumat data peribadi anda boleh didapati melalui maklumat di boarding pass tersebut. Jika dapat ke tangan pengodam, mereka mungkin menukar kata laluan akaun anda dan anda akan kehilangan akses kepada akaun anda nanti.
Anda nak upload juga? Boleh, dengan syarat jangan upload boarding pass penuh. Terutamanya nombor pesawat, dan rekod lokasi tidak didedahkan.
Tahukah anda, terdapat informasi tentang nombor pesawat dan rekod lokasi di setiap boarding pass untuk mana-mana syarikat penerbangan?
Jika maklumat ini jatuh kepada individu yang berniat jahat, ia boleh menimbulkan huru-hara. Bagaimana?
Berdasarkan maklumat ini, seseorang boleh menghubungi syarikat penerbangan dan menyamar menjadi anda. Dan ini beberapa kemungkinan yang mungkin boleh berlaku seterusnya kepada anda:
Dia boleh membuat panggilan palsu ke syarikat penerbangan, kononnya anda ingin membatal atau menukar flight. Akhirnya, anda tidak boleh terbang langsung. Ia macam panggilan hangit, tapi lebih parah.
Lebih teruk lagi, dia boleh membuat tuduhan palsu mengatakan anda membawa senjata, dan sekaligus meminta syarikat penerbangan menghalang kamu daripada menaiki pesawat. Tidak semena-mena anda dituduh sebagai seorang pengganas.
Bukan itu saja, dia juga boleh mendapatkan maklumat peribadi kamu seperti alamat, tarikh lahir, nombor keahlian penerbangan dan sebagainya, bergantung kepada maklumat yang anda berikan kepada syarikat penerbangan.
Sama-sama kita belajar daripada kesilapan. Mungkin sebelum ini kita tak pernah rasa perbuatan kita itu boleh membahayakan diri kita sendiri. Maka beringatlah selepas ini. Fikir dahulu sebelum upload. Apa-apa pun, bukan semua perkara perlu dikongsi. Berhati-hatilah dan fikir dulu sebelum upload sesuatu ke media sosial ye…
p/s : Beringat sebelum kena dah terkena apa pun tak guna~.

Comments

Popular posts from this blog

bawaku terbang....

dear diary.... u guys must think im going to post d lyrics or anything related to d fabulous cats song rite??..haha actuly rite now im counting out the time to go to sarawak ...weeee ^_^ my flight is going to b tomoro subuh but i will move from segamat at 2a.m tonite ...so i will not b able to post any blog for dis coming 4 days ...doakan saya selamat pergi dan balik ye kwn2!...insyallah

Lelaki Bangsat!

sekadar gambar hiasan bace dulu ni true story.... Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. FAIZUL, seorang doktor pakar jiwa...... ; Gadis : " Doktor , saya > merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya > memanggilnya lelaki > bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan > ada kalanya pula saya rasa > memang patut saya memanggil dia seperti > itu..." > > Doktor : "Hmm. > panggilan itu memang hinaan yg agak melampaui batas untuk > > seseorang.. tapi, mungkin kamu punya sebab > tersendiri memangilnya > demikian. Ceritakanlah kpd > saya agar saya dapat membantu.." > > Gadis : "Ya memang > ada.. pada satu malam kami berduaan dalam kereta > di tepi pantai.Dia pegang > tangan saya." > > Doktor : "Dia pegang > tangan kamu seperti ini?" dr Faizul memberi contoh. > > > Gadis : "Ya. seperti > yg doktor lakukan" ...
Lazada Malaysia