Kementerian 'Punching Bag'! Bakal Tubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Jemput Pakar Dan NGO Untuk Tanggani COL Skip to main content

Kementerian 'Punching Bag'! Bakal Tubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Jemput Pakar Dan NGO Untuk Tanggani COL

Sengaja mensensasikan kenyataan daripada para jemaah menteri akan menjadi agenda utama media-media anti kerajaan.

Modal ini akan terus mereka gunakan sebagai propaganda menghadapi PRU yang akan datang. Namun begitu YB Dato' Seri Hamzah Zainuddin tetap tidak akan membiarkan begitu sahaja usaha pihak pembangkang untuk mengelirukan rakyat dengan kenyataan-kenyataan beliau.

Sehubungan itu, inisiatif daripada Hamzah Zainuddin sendiri beliau mengadakan perjumpaan khas dengan para bloggers bagi menjelaskan dengan lebih lanjut dan mendalam berkaitan kenyataan beliau di Perhimpunan Agung Umno yang telah di putar-belit kan oleh media pro pembangkang.

Berikut pengisian program santai tersebut yang dipetik melalui coretan penulis Malaysian Gazzettte.


KUALA LUMPUR – Majlis Tindakan Sara Hidup Negara akan menjemput pakar-pakar pelbagai bidang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganggotainya bagi mendapatkan input secara komprehensif.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu.
Jelas beliau, pada kebiasaannya, sesebuah majlis yang ditubuhkan sebelum ini hanya dianggotai oleh agensi-agensi kerajaan sahaja.
“Bila sebut sahaja kos sara hidup, semua dikaitkan dengan KPDNKK. Padahal kos sara hidup melibatkan perumahan, pengangkutan, utiliti dan kesihatan.
“Jadi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara akan menjemput pakar-pakar dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggotai majlis ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Dialog Bersama Blogger di sini malam tadi.
Minggu lalu, kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat dalam berhadapan dengan kos sara hidup.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO memberi kelulusan penubuhan majlis itu yang dicadangkan wakil Pemuda UMNO Jamawi Jaafar pada Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Hamzah yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO mengumumkan penubuhan majlis itu ketika menggulung perbahasan usul pada hari terakhir perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kos Sara Hidup manakala Hamzah sebagai Sekretariat.

Mengulas lanjut, Hamzah mengulangi kenyataannya bahawa beliau tidak menyebut kenaikan harga barangan dan perkhidmatan meningkat di Malaysia kerana “terserah kepada Tuhan”.

Beliau turut menayangkan semula video ketika menggulung perbahasan usul pada hari terakhir PAU.
“Saya tidak kata pun terserah kuasa Tuhan. Saya kata tindakan kerajaan adalah untuk tidak campur tangan dalam pasaran bebas selaras dengan dengan amalan di zaman Rasulullah SAW.

“Jadi hendak tunjuk bukti kena ada dalil dan saya baca hadis riwayat Abu Daud daripada Anas bil Malik, berkenaan permintaan sahabat Rasulullah yang meminta baginda menetapkan harga barangan untuk mereka.

“Maka baginda menjawab: Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, menyempit, meluaskan dan memberi rezeki. Sesungguhnya aku benar-benar berharap untuk bertemu Allah dalam keadaan tidak ada seorang pun yang menuntut kepadaku berkenaan sesuatu kezaliman pada darah dan harta,” katanya.

Hamzah menjelaskan, rakyat perlu faham bahawa ekonomi negara ditentukan oleh pasaran bebas.

“Apabila kita bercakap tentang pasaran bebas, anda mesti berlaku adil kepada kedua-dua pihak iaitu pengguna dan peniaga.
“Kita kena faham antara permintaan dan penawaran serta hak pengguna.
“Sebab itu kerajaan tidak menaikkan barang keperluan asas  seperti gula, tepung, minyak masak, beras dan gas memasak,” katanya. – MalaysiaGazette.
p/s : Lihat dan nilaikan sendiri kenyataan YB Dato' Seri Hamzah Zainudin itu. Bagi admin betul apa yang beliau cakap. Kalau anda bising cakap harga barang zaman Tun M lagi murah! itu SALAH sebenarnya zaman Tun Hussein Onn lagi murah. 

Kalau kata zaman Tun Hussein Onn lebih murah itu pun sebenarnya SALAH sebab zaman Tun Abdul Rahman lagi murah. Kalau cakap zaman Tun Abdul Rahman lagi murah zaman Hang Tuah lagi murah??... kesimpulannya cuba sebutkan kat dunia mana yang kos sara hidup makin menurun cuba kabor sikit? kann?

p/ss: Bak kata salah sorang bloggers, KPDNKK adalah kementerian 'punching bag' semua benda nak kena tala kat KPDNKK..Baik dari isu tambang teksi naik cari KPDNKK, tarif air dan elektrik naik cari KPDNKK, harga ubat naik pun ada yang  cari KPDNKK. Lagi tak boleh blah isu pasal kucing dan anjing pun cari KPDNKK??.. 

Gaji naik tak nak pulak cari admin yer..eh diam-diam je yer

Adoiyai padan lah menteri yang meneraju KPDNKK xpernah kekal lama oitt... tapi admin harap sangat Hamzah Zainudin kekal lama di KPDNKK bukan sebab nak kipas tau tapi personally admin rasa beliau antara menteri yang BIJAK! (admin tak maksud menteri sebelum2 ni tak bagus tau tapi tiap menteri ada kelebihan yang tersendiri!) Adios

Comments

Popular posts from this blog

'Jaan Punching Bag'.. Kisah Realiti atau Fantasi?? Jom Rungkaikan Misteri

Ramai sangat lah yang kongsikan cerita 'Jaan Punching Bag' lately ni. Aku antara yang terawal baca kisah ni tetapi tak habis baca pun. Baca mula-mula macam semangat jugak lah tetapi makin lama aku rasa makin mengarut jer kisah dia.   Disebabkan aku ni kaki novel aku rasa cara penceritaan budak ni macam rekaan je pun ada macam fiksyen jer pun ada. Sebab macam tak boleh diterima akal jer ada ke wujud binatang bertopeng kan manusia seperti bapa Alisha dan bekas-bekas suami Alisha tu.. hurmmm So aku decide tak habiskan pembacaan aku sebab rasa mengarut sangat kot.  Sudahnya aku tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya. Tetapi pagi ni masuk je ofis buka FB-ku viral lagi rupanya kisah ni ...

'Jaan Punching Bag' Kisah Penuh! (Full Story)

Penangan 'Jaan Punching Bag' hampir menengelamkan ke-suspen-an menunggu PC FatZura. Okay hari itu aku review pasal cerita ni yang aku rasa nonsense ada berlaku kat realiti kan.  Tapi sekarang aku rasa macam tak mustahil lak semua ni berlaku cuma ofcourse lah ditokok tambah sikit oleh penulis dan di olah sesedap rasa kan. Mana lah kita tau nasib semua orang kat dunia ni, mungkin ada yang tak bernasib baik macam dalam jalan cerita ni.  Cerita ni jadi viral sangat pun aku rasa sebab penulis guna modal 'Based On True Story' kalau dia tak mention gitu atau just post sebagai satu karya novel atau cerpen mampuih lah orang tak berminat pun nak baca pun. Agaknya la kot Btw posting ni aku share Full Story yang tak berapa nak full sebab start dari Ep. 3 tapi boleh la kan sebab ramai kata cerita sebenar dari penulis telah di delete. Nak bagi credit untuk penulis pun tak jumpa dah FB nya.  So harap penulisnya halalkan la perkongsian aku ni. Aku malas nak ...

[TERKINI] Menara Bergoyang Akibat kejadian Gempa Bumi yang berlaku di Indonesia pagi tadi

JAKARTA : Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skala Richter telah menggegarkan Jakarta Selatan, Indonesia hari ini,  CNN Indonesia  melaporkan. Gegaran selama 40 saat itu dirasai di Gedung Transmedia, Jalan Tendean, menyebabkan orang ramai yang berada di gedung berkenaan bertindak keluar untuk menyelamatkan diri Walau bagaimanapun tiada kerosakan mahupun kehilangan nyawa dilaporkan susulan gegaran berkenaan. Menurut laporan  Detik News , tiada amaran tsunami di sekitar Banten meskipun pusat gegaran itu berada 10 kilometer dari permukaan laut. Sumber :  Astro Awani
Lazada Malaysia